Ogos 2010

31 Ogos, 2010

" Konvensyen Pelajar IPT anak Kedah - anjuran Pemuda IKRAM negeri Kedah." 0 ulasan

Tarikh:           29 Romadhan/8 Sept, hari Rabu
Tempat:         Dewan Seminar 1&2 SMAI Sg.Petani
Masa:           9pagi-3petang
Jangkaan:    100 siswa dan siswi
 
Objektif:
  1. Menghubung silaturahim sesama anak ikhwah kedah
  2. Mengemaskini maklumat pelajar/pewaris
  3. mengingati kewajipan berjemaah/berusrah
AJK: Penaung: Ustaz Rosli / Aminudin, Pengarah:Abdul Wahid, Timbalan:Pisal,  S/U:Mazlan Desa. 
Tolong hantar nama anak in advance pada akhi Mazlan desa mazlandesa@gmail.com sebelum 26 romadhon bagi tujuan prasarana.
YDP IKRAM 5 daerah tolong pastikan tiada anak ikhwah/akahwat kita yg terlepas dengan program ulong kali ini. Ini juga mas'uliah kita bersama. Semoga Allah membantu,

PROGRAM I’TIKAF RAMADHAN 1431 MASJID AL-AZHAR, GELONG, JITRA, KEDAH 2 – 4 SEPTEMBER 2010 / 24 – 26 RAMADHAN 1431 0 ulasan

 
 ATURCARA
 
2/9/2010 (Khamis)
 
4:50pm                        : Ketibaan
                                    : Solat ‘Asar
                                    : Baca Yasin bersama Ibubapa SRAZ
                                    : Taklimat Dana Pembinaan Sekolah Rendah al-Azhar
                                      Oleh Pak Utih
7:32                             : Iftar
                                    : Solat Maghrib
                                    : Pendaftaran
                                    : Tilawah
8:40                             : Solat Isyak
                                    : Solat Tarawih
10:15                           : Ucap Utama
                                      Ustaz Rosli Yusof, YDP IKRAM Kedah
                                     Bina kekuatan Jamaah, Berdakwah Dalam Masyarakat
11:45                           : Istirahat
 
3/9/10 (Jumaat)
 
04:30am                      : Tahajjud
05:15                           : Sahur
05:50                           : Solat Subuh
                                    : al-Ma’thurat
                                    : Kuliah Subuh
                                      Ustaz Ridzuan Abu Bakar, AJK JIM Kubang Pasu
                                      Syahru Ramadhan: Syiam, Qiyam, Masjid, I’tikaf – Sumber kekuatan
08:00                           : Solat Dhuha
08:45 – 10:30              : Kajian Buku Syahadatul haq 1:
                                      Dari MS 5 – 32
                                      Oleh Ustaz Hj Sayuti Hj Ramli, TYDP IKRAM Kedah
10:45 – 12:00pm         : Kajian Buku Syahadatul haq 2:
                                      Dari MS 33 – 69
                                     Oleh Akh Mohd Faisol Md Salleh, YDP IKRAM Kubang Pasu
01:00                           : Ke Masjid untuk solat Jumaat
03:00                           : Slot Bersama KIMB
04:45                           : Solat ‘Asar
                                    : al-Ma’thurat
                                    : Tilawah
07:32                           : Iftar
                                    : Solat Maghrib
08:40                           : Solat Isyak
                                    : Solat Tarawih
10:15                           : Penyampaian 2
                                      Madrasah Ramadhan: ‘Ibrah untuk duat.
                                      Prof Madya Dr Abdullah Abdul Ghani, Imam Masjid Hutan Kampung.
11:45                           : Tidur
 
4/9/10 – Sabtu
 
04:30                           : Tahajjud
05:15                           : Sahur
05:50                           : Solat Subuh
                                    : al-Ma’thurat
                                    : Kuliah Subuh
                                      Hidup di dunia untuk ke akhirat
08:30                           : Solat Dhuha
08:45                           : Kajian Buku Syahadatul haq 3:
                                    : Dari MS 70 – 83
                                      Oleh Hj Mustafa Yahya Ramli, Masul 2 JK Tarbiah IKRAM Kedah
10:30                           : Majlis Khatam al-Quran
11:30                           : Perbincangan dan Rumusan
                                    : Zohor
                                    : Bersurai

Program Bingkisan Ramadhan dan Sumbangan Aidil Fitri 2010 (IKRAM Sg. Petani) di Masjid Tengku Habsah, Padang Temusu, Sungai Petani Kedah. 0 ulasan


Program ini telah diadakan pada hari Sabtu, 29 Ogos jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Tengku Habsah, Padang Temusu. Dianjurkan bersama oleh IKRAM Sungai Petani dengan kerjasama ahli kariah Masjid Tengku Habsah sendiri. Antara tetamu jemputan istimewa ialah YB Haji Abdullah Jusuh, Adun Pantai Merdeka dan YB Senator Ir. Zamri Yusuf. Seramai lebih kurang 30 orang ahli ikhwah dan akhawat IKRAM Sungai Petani telah menghadirkan diri dalam program ini.
Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Syeikh Muhammad at-Thohiri iaitu qari dari Maghribi. Beliau telah memperdengarkan bacaan daripada surah Al-Hadid. Selepas terpaku dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Imam masjid iaitu Tuan Haji Wan Abdul Rahman Wan Abdul Kadir. Dalam ucapannya beliau berasa amat berbangga kerana program yang julung-julung kalinya ini dapat diadakan dengan jayanya. Beliau juga berharap agar kerjasama antara masjid dan IKRAM ini akan dapat dilanjutkan pada masa-masa akan datang.
Acara diteruskan lagi dengan ucapan oleh pengerusi program iaitu Ustaz Haji Fadli Hj. Hasyim, yang mengulas sedikit petikan daripada surah Al-Hadid yang telah dibaca oleh qari sebentar tadi. Sedikit maklumat mengenai program yang dirancang dimana beliau sendiri tidak menyangka bahawa sambutan daripada para penyumbang adalah diluar jangkaan sehingga jumlah yang dikutip menjangkau RM20 ribu. Antara penyumbang utama ialah dari pihak IKRAM Sungai Petani serta dari para ahli jemaah sendiri. Beliau juga turut menceritakan tentang sumbangan yang hadir di waktu yang tidak disangka-sangka iaitu pada jam 1 pagi. 
Sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik ini adalah berupa barangan dapur serta duit raya yang semuanya bernilai RM130.00 setiap seorang untuk 120 warga. Sumbangan tidak hanya setakat itu dimana pada hari sehari sebelum raya juga akan diberikan sekilo daging pada setiap mereka yang terlibat.
Ucapan seterusnya ialah daripada Timbalan Yang Dipertua IKRAM Sungai Petani iaitu Tuan Haji Mustafa Yahaya Ramli. Dalam ucapannya Tuan Haji Mustafa menegaskan bahawa setiap manusia itu adalah bersaudara dan mereka haruslah saling bantu-membantu dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Program yang pertama kali diadakan di masjid yang baru siap dibina ini diharap akan menjadi peghubung ikatan antara IKRAM dengan para jemaah dan akan terus berkembang baik dimasa akan datang. Beliau juga mengambil kesempatan dalam ucapannya itu memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat setempat. IKRAM menurut beliau ialah sebagai penyambung kerja-kerja dakwah yang ditinggalkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.a.w. Semoga kerjasama baik diantara IKRAM dan Masjid Tengku Habsah akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah dalam usaha menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran masyarakat setempat.
YB ustaz Abdullah Jusuh pula dalam ucapannya menegaskan bahawa setiap apa yang dilakukan oleh mereka yang mengaku beriman hendaklah dikaitkan dengan agama Islam yang mulia. Kita mestilah yakin dan percaya apa jua yang diperturunkan oleh Al-Quran. Jika kita mempercayai akan ayat turunnya puasa, kita juga mesti taat dan percaya akan ayat-ayat yang lain. Puasa yang sebenar-benar puasa akan menjadikan kita manusia yang bertakwa dan hendaklah kita yakin dan percaya bahawa setiap apa yang dilakukan akan dinilai oleh Allah SWT. Hendaklah ditingkatkan ketakwaan dan rebutlah peluang Ramadhan yang masih berbaki untuk mengumpulkan sebanyak yang mungkin pahala yang diganjarkan oleh Allah.
Senator Ir Zamri Yusuf pula dalam ucapannya berkata bulan Ramadhan bukanlah sekadar bulan puasa, ia juga ialah bulan ibadah, bulan al-Quran, bulan solat, bulan pahala dan lain-lain. Bulan ramadhan ini juga merupakan bulan untuk membina keluarga di waktu mereka berkumpul berbuka puasa dan bersahur bersama-sama. Bulan inilah seharusnya menjadi pemangkin untuk kita berubah dimana suasana gejala maksiat yang semakin mencengkam. Beliau juga melahirkan rasa bimbang atas gejala anak luar nikah dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Beliau mengutarakan empat faktor yang perlu ditanam bagi mengatasi masalah ini iaitu faktor adat, nilai murni dan agama. Faktor keempat dan terakhir ialah hukuman setelah semua ketiga-tiga factor utama tadi ditekankan di dalam masyarakat.
Setelah selesai ucapan daripada mereka yang terlibat majlis sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan penyerahan dijalankan bermula dari Tuan Imam Wan Abdul Rahman, Tuan Haji Mustafa Yahaya, YB Ustaz Abdullah Jusuh dan akhir sekali oleh YB Senator Ir Zamri Yusuf. Tergambar wajah gembira dan penuh syukur pada setiap penerima bantuan ini. Program Bingkisan Ramadhan dan Sumbangan Aidil Fitri 2010 di Masjid Tengku Habsah, Padang Temusu, Sungai Petani Kedah berakhir pada jam 11 pagi.

26 Ogos, 2010

Bahagia saat akan berakhir bulan Ramadhan 0 ulasan

Kirim Print

Kadang tidak terasa bulan Ramadhan sudah berada di akhir perjalanannya, hari-hari yang indah akan berlalu, waktu-waktu yang penuh berkah akan berakhir, tentunya seorang muslim patut berbahagia mampu melaksanakan ibadah Ramadhan hingga di penghujung terakhir.
Sebelumnya seorang muslim bergembira dengan datangnya Ramadhan. Mengawali indahnya sahur dan buka puasa pada hari pertama bulan Ramadhan. Mengenang begitu nikmatnya berbuka puasa, menunaikan shalat tarawih berjamaah, tilawah Al-Qur’an, shalat berjamaah di setiap shalat wajib, mendengarkan ta’lim, bersedekah dan membayar zakat,  beri’tikaf, bermunajat, dan amalan-amalan baik lainnya, tidak terasa sudah berada dipenghujung bulan Ramadhan.
Walaupun tidak dapat dimungkiri dengan berakhirnya bulan Ramadhan banyak perasaan yang muncul di hati yang bercampur menjadi satu; ada kecemasan dan rasa sedih serta duka manakala menyedari bahwa bulan yang penuh dengan kebaikan dan pahala akan berakhir, apalagi ada perasaan takut, cemas dan khuawatir jika usia tidak sampai pada Ramadhan berikutnya; begitu pula ada rasa bahagia, senang dan gembira, manakala telah berhasil menjalankan ibadah Ramadhan dengan sebaik-baiknya, dan berharap berakhir dengan mendapatkan derajat yang paling mulia disisi Allah yaitu taqwa. Allahumma amin.
Dan mungkin yang paling tepat untuk kita baca adalah
اللهم تقبل منا صيامنا وقيامنا وركوعنا وسجودنا وتخشعنا وتصرعنا  وتلاوتنا وتصدثنا وتمم تقصيرنا برحمتك يا أرحم الراحمين
“Ya Allah terimalah puasa kami, qiyam kami, ruku’ kami, sujud kami, kekhusyuan kami, ibadah kami, tilawah kami, sedekah kami dan sempurnakanlah segala kekurangan kami wahai Zat yang Maha Kasih dari yang mengasihi”.
Dan juga membaca doa sebagaimana yang nabi ajarkan
اللهم بلغنا رمضان
“Ya Sampaikanlah kami pada bulan ramadhan”
Dan guna menjaga nilai-nilai taqwa dan memelihara kesan baik pada bulan Ramadhan  setelah menyelesaikan puasa di bulan Ramadhan, maka nilai-nilai positif dari puasa dan amalan-amalan lainnya harus tetap dipertahankan; menjaga shalat wajib secara berjamaah, senantiasa tilawah Al-Qur’an, qiyamulail, sedekah, dan memupuk solidaritas dan kepedulian serta memelihara nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah puasa; sikap rendah diri, pemaaf, ikhlas, dan lain sebagainya.
Berbagai kebahagiaan berakhirnya bulan Ramadhan
Setelah sebulan penuh menunaikan ibadah dan amaliyah pada bulan Ramadhan; maka ada beberapa kebahagiaan yang insya Allah dapat kita rasakan;
1. Bahagia telah berhasil dengan sempurna melaksanakan dan menunaikan ibadah dan amaliyah pada bulan Ramadhan.
Seperti harapan kita yang dimohonkan pada awal memasuki bulan rajab; “Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan”. Telah terkabul.
Dan harus kita akui bahwa berhasilnya menunaikan segala aktivitas dan amaliyah bulan Ramadhan, dengan kondisi iman yang mantap, fisik yang kuat, dan mental yang sehat merupakan anugerah yang tidak terhingga, sehingga mampu melaksanakan perintah puasa dengan khidmat. Ali bin Abu Thalib pernah berkata: “Sehat jasmani adalah anugerah yang paling indah”
Melalui aktiviti dan amaliyah ibadah di bulan Ramadhan, kita diberi bonus pahala berlipat dan kesempatan untuk melebur dosa-dosa yang pernah dilakukan. Seperti yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw bahwa Ramadhan adalah bulan penuh ampunan.
2. Bahagia dapat menumbuhkan kepedulian terhadap sesama
Kebahagiaan  kedua yang dapat kita rasakan pada saat berakhirnya bulan Ramadhan adalah karena kita telah mampu menunaikan kewajiban zakat; terutama zakat fitrah. Sebuah ibadah yang tidak lain sebagai bentuk penyucian diri setiap muslim sekaligus sebagai penyempurna puasa Ramadhan, dan memunculkan sikap kepedulian terhadap sesama.
Bahwa diantara tujuan dan hikmah diwajibkannya ibadah zakat selain mengupayakan kesucian diri, keberkahan harta benda yang dimilikinya, juga dapat menghilangkan sifat kikir, menampakkan kepedulian dan tolong menolong antar sesama, sehingga tidak ada kesenjangan yang jauh antara orang kaya dan miskin.
Selain menunaikan zakat yang menjadi kewajiban, kita juga dianjurkan untuk melaksanakan ifthar jama’i (berbuka bersama) walaupun dengan memberikan seteguk air putih; dengan mengajak taman, saudara (dekat dan jauh), tetangga, dan terutama fakir miskin untuk berbuka atau memberikan makan untuk berbuka, sehingga dengan demikian mendapatkan pahala dari orang yang berpuasa tanpa dikurangi pahala puasa orang tersebut.
3. Bahagia dapat menjalin hidup berjamaah; baik shalat, ifthar dan  sebagainya.
Bahwa diantara misi puasa yang Allah SWT turunkan kepada umat Islam adalah bagaimana dapat menjalin kerja sama yang baik dan taqwa, merasakan indahnya hidup berjamaah, indahnya hidup saling berbagi, nikmatnya hidup yang penuh dengan ilmu. Kesemua itu dapat kita rasakan pada bulan ramadhan, terdapat tarbiyah itjima’iyah dalam berbagai aspek kehidupan masyarakat. Jika ini dapat kita pertahankan maka kehidupan umat Islam akan baik dan penuh dengan keharmonian. Maka kelak Allah akan berkenan menjadikan hidup ini penuh dengan keberkahan dan kebaikan. Menjadi negeri yang
بلدة طيبة ورب غفور
“Negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun”
4. Bahagia dapat menggapai malam seribu bulan
5. Bahagia dapat melakukan silaturahim
Rasulullah saw bersabda:
من سره أن يبسط له في رزقه وأن بنشأ له في أثره فليصل رحمه
“Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezkinya dan dipanjangkan usianya maka sambunglah tali persaudaraan” (Bukhari dan Muslim).
Tradisi “halal bi halal” yang ada pada setiap hari raya iedul fitri adalah kesempatan yang baik untuk menyambung tali silaturrahim. Yang tentunya silaturrahim dalam maknanya yang luas, yaitu saling memaafkan atas segala kesalahan yang pernah dilakukan, saling mempererat hubungan persaudaraan atas dasar keimanan dan kebangsaan, bukan hanya sebatas persaudaraan atas dasar kekerabatan dan hubungan nasab keturunan. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam al Qur’an:
إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم
“Sesungguhnya hanyalah orang-orang mukmin sajalah yang bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu” (Al Hujurat: 10)
6. Bahagia dapat menggapai darjat taqwa
Allah SWT berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah:183)

18 Ogos, 2010

PENERUSAN PROGRAM PALESTIN DAN SUMBANGAN 0 ulasan



1.Sejumlah RM 2650.00   tunai telah dimasukkan ke akaun aqsa syarif.Sumbangan(16/8/10) muslim/non muslim sempena program penerangan isu hak asasi Palestin di Central Square diikuti dengan pecah tabung simpanan anak-anak kita.Program pecah tabung ini disaksikan oleh ramai non ,muslim selepas ceramah dan tayangan video.Program ini sempena Karnival Harmoni anjuran Hidayah Centre Kedah pada 23-25 julai 2010.Ceramah Palestin diadakan pada 24/7/10..

2. Sejumlah RM 400.00 tunai telah dimasukkan ke akaun Aqsa Syarif sumbangan masyarakat sempena pameran isu Palestin di kawasan lobi Hospital Sultan Abdul Halim selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 8-9 ogos 2010.Jkkk kepada DR ZOLKEPLI YAHAYA YDP IKRAM Sg Petani dan Akh Mazlan Desa Pengurus IKRAM Sungai Petani Kedah yang amat membantu menjayakan program tersebut.

3.Cek RM 213.85 sumbangan warga PPAI juga telah dimasukkan ke akaun AQSA SYARIF pada 17.8.2010.harap maklum.

4.Pada 29/7/2010 Rm 1460.00 telah dimasukkan ke akaun AQSA SYARIF.Rm 1400.00 dari jumlah itu adalah wang zakat sumbangan  ajk IKRAM Wanita Sg.Petani.

17 Ogos, 2010

Ramadhan: Bulan untuk umat! 0 ulasan


Bulan Ramadhan semenang barakah! Lihatlah sahaja penangannya. Di alam siber, manusia berpusu-pusu berbicara tentangnya. Di surau-surau, manusia berebut-rebut memeriahkannya. Dan laungan azan (terutamanya azan Maghrib), manusia berdebar-debar menantikannya!
Nah, fenomena Ramadhan menampilkan betapa kita betapa sebegitulah fitrah manusia. Mereka masih terpanggil untuk menghadap ALLAH. Mereka masih merasakan ikatannya dengan agama ALLAH. Mereka masih ada kemahuan, untuk kembali mendekatkan diri dengan ALLAH.
Masalahnya cuma adalah keistiqamahan. Bagaimana momentum tajdidul fitrah (perbaikan diri, kembali kepada fitrah) bisa diteruskan, hingga begitu genap sebulan, manusia berhak merayakan kembalinya mereka ke fitrah itu. Aidil Fitri, itulah maksudnya. Perayaan akan kembalinya kita kepada fitrah.
Nah, isunya adalah bagaimana momentum iman itu diistiqamahkan. Dan dakwah, begitu sampai ke mihwar muassasi, iaitu bukan lagi period yang para aktivis dakwah turun ke masyarakat, bahkan mereka kini mengungguli dan memimpini masyarakat. Maka, menjadi tanggung jawab para aktivis dakwahlah untuk memikirkan cara dan menggemblengkan usaha untuk mengekalkan keistiqamahan momentum ini.
Maka, di bulan Ramadhan ini terutamanya, para aktivis dakwah adalah milik masyarakat. Jika di 11 bulan lainnya, begitu bertembung program-program kejiranan dan masyarakat setempat dengan program-program dakwah, sering yang diutamakan oleh para aktivis adalam program dakwah –suatu hal yang wajar andai kita masih di mihwar tanzimi- kini, di mihwar muassasi, di fasa yang dakwahlah yang memimpin masyarakat, para aktivis harus kembali kepada kaedah fiqh akan prioritynya mengutamakan kepentingan orang banyak, berbanding kepentingan dan keperluan peribadi atau kelompok minority.
Para aktivis dakwah tidak boleh lagi sekadar menjadi “tokoh jaguh kampung” yang hanya hebat sesama kelompok mereka semata-mata. Sebaliknya, para aktivis dakwah harus menjadi “somebody’ di tengah-tengah masyarakatnya. Somebody yang kehadirannya bermanfaat, dan ketiadannya dirasakan. Aktiviti-aktiviti Ramadhan yang mendapat sambutan manusia yang mula kembali kepada fitrah ini, harus digerakkan oleh para aktivis dakwah ini tadi. Dan mengekalkan momentum fitrah itu di dalam dada masyarkat, pun harus dipelopori oleh para aktivis dakwah ini, dengan dimukaddimahkan oleh tawasul ijtima’i (interaksi kemasyarakatan) yang mereka lakukan hasil penglibatan aktif mereka dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti dan program-program Ramadhan ini.
Menjadi tokoh, biarlah bermual daripada bawah. Kerana seorang pemimpin yang baik, merupakan seorang pengikut yang baik dulunya. Sebelum anda berangan memenuhi tuntutan mihwar (fasa dakwah) ini dengan berada di “hadapan” mimbar masjid dan surau, menyelesaikan harapan dakwah yang justeru didambakan oleh manusia demi mengekalkan momentum fitrah mereka, biasa-biasakanlah dahulu diri anda membantu tok siak mengemas surau dan masjid, untuk menghadapi solat tarawikh yang tinggal beberapa minit (dari waktu berbuka). Rajin-rajinkanlah diri anda membentang tikar di khemah khas yang disediakan di luar surau untuk menampung jemaah yang luar biasa jumlahnya daripada biasa, membentang sejadah, memasang kipas untuk kegunaan jemaah di bawah khemah dan sebagainya, lantaran pekerjaan-pekerjaan sebegitu, sering tidak ada orang yang sudi volunteer dan sensitive dengannya. Tok siak adalah the unsung hero dalam aktiviti-aktiviti masjid, berbanding pak imam yang sering menonjol di hadapan. Dan, sering penonjolan ini, menimbulkan bibit-bibit kesombongan.
Tidak hairan, sebahagian pak imam, begitu sampai surau dan masjid, akan langsung duduk dan beramal sendiri-sendirian sahaja. Ia tidak sensitif dengan orang di luar sana yang sibuk mengemas surau untuk menampung keperluan jemaah yang akan dipimpinnya dalam solat kelak. Mungkin ia terlalu “besar”, untuk melaksanakan pekerjaan-pekerjaan “kecil” dan remah seperti membentang sejadah, mengangkat makanan untuk moreh, mengemas kembali surau selepas selesai witir dan sebagainya. Dan malangnya, tokoh yang difahami oleh sebahagian aktivis dakwah, adalah tokoh pada posisi pak imam itu tadi!
Maka bayangkan sahaja jika the unsung hero program-program Ramadhan ini –iaitu tok siak- tiba-tiba tidak hadir pada hari itu. Solat tarawikh terpaksa bermula lambat, lantaran masing-masing terpinga-pinga tanpa persediaan. Kelancaran majlis pasti berjalan berbaur kecacatan. Dan momentum fitrah yang dijalin di bulan Ramadhan, tentu mula memujuk diri untuk berkurangan.
Kerana itulah, para aktivis dakwah harus menjadi somebody itu tadi. Yang kehilangannya terasakan, lantaran ialah yang menggerakkan aktivisma masyarakat setempatnya, walau hanya dengan peranan serba kerdil. Dan dengan peri pentingnya dirinya di tengah masyarakat, hidupnya di bulan Ramadhan bukan sekadar interaksinya sendirian dengan Tuhannya, tetapi interaksinya juga dengan masyarakatnya. Di bulan Ramadhan ini, ia laungkan ke tengah-tengah mereka: wahai umat! Aku untuk kalian semua!
Dan di mihwar (fasa dakwah) yang kita harus bermasyarakat ini, saksikanlah wahai umat: aku untuk kalian semua! (InsyaALLAH)
Ir. Faridul Farhan Abd Wahab
P.Eng, MIEM, Sijil Pengajian Syariah

Ramadhan...Langkah Pembinaan dan Perubahan 0 ulasan


Risalah daripada Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Dengan nama Allah, segala pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.

Sesungguhnya umat Islam umumnya dan negeri-negeri Arab khususnya telah menempuh peringkat kritikal yang tidak pernah ditempuhi sebelum ini yang mana segala kuasa jahat dan batil telah berkumpul dan bersatu untuk menanamkan benih yang buruk di negeri yang baik dan berkat serta negara yang berada di sekitarnya. Lantaran ia sebuah negeri yang baik dan berkat maka ia telah menggagalkan segala racun dan benih yang buruk dari akar umbinya.

Dalam tempoh masa tersebut Afghanistan di ceroboh, Iraq dijajah, khazanah dirampas, rakyat diusir, ratusan ribu kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa dibunuh, wanita-wanita diperkosa dan tempat-tempat suci dinodai. Begitu juga yang berlaku di Pakistan, Kashmir, Somalia dan Yaman yang menghadapi serangan dari kekuatan jahat sedunia yang didokong oleh Zionis Amerika dan pemimpin-pemimpin negara yang bersekutu dengan mereka serta pihak-pihak yang memberikan lorong untuk campurtangan dan memulakan permusuhan.

Rentetan dari itu maka timbullah :

- Krisis ekonomi dunia yang melanda segala sesuatu, mengesani semua orang dan memberi kesan yang berpanjangan. Apakah yang berlaku selepas Amerika menanggung hutang dengan jumlah yang terlalu besar. Berbagai-bagai Negara mengisytiharkan bangkrap dan begitu juga ratusan bank memgumumkan kerugian dan kemuflisan.

- Perasaan putus asa menyelubungi jiwa para pemimpin dan pemerintah negara. Harapan kepada berlakunya perubahan bagaikan terpadam tanpa sekelumit sinar. Ini menjadikan mereka hanya menerima semua perkara yang disogokkan kepada mereka dan menyerah dalam keadaan yang hina dan memalukan. Mereka langsung tidak berusaha untuk bangkit menentang perampas dan penjajah. Alangkah baiknya jika mereka sendiri mahu menyerah kalah, mereka berikan kepada rakyat mereka hak untuk hidup, menikmati kebebasan dan berjuang menentang perjajahan! Namun apa yang berlaku sebaliknya. Tangan-tangan rakyat diikat dan dipukul dengan tongkat besi yang keras supaya mereka tidak berupaya meninkmati hak mereka menentang penjajahan. Bukan sekadar itu! Malah apa yang dikatakan kebebasan itu semuanya dirampas daripada rakyat.

- Kebejatan moral dan kehilangan nilai-nilai yang mulia dan contoh teladan yang unggul.

- Tiada keamanan dan kedamaian di serata dunia.

- Kesusahan dan kepayahan yang tidak diketahui sebabnya oleh manusia. Tetapi Allah telah mengajar kita tentang hal itu di dalam firmanNya (bermaksud):

“Dan siapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta”. (Taha: 124-126)

- Realiti merupakan sebaik-sebaik saksi bahawa kuasa dunia yang mahu menguasai dunia sebenarnya rosak dalam serba-serbi, hala tujunya dan nilai-nilai murninya. Agenda yang mereka bawa semuanya menemui kegagalan baik ketenteraan, politik, ekonomi dan moral. Mereka telah mengalami kegagalan di semua Negara yang mereka takluki. Tidak lama lagi mereka akan keluar dari Palestin, Afghanistan dan Iraq dengan hati mereka yang remuk dihempap rasa keciwa dan duka. Mereka akan mengeluh sambil menghitung-hitung kerugian besar yang mereka tanggung di atas apa yang mereka telah belanjakan. Mereka akan menanggung kesedihan sebelum tiba azab siksa yang sangat pedih dan kekal di akhirat nanti. Firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, menginfakkan harta mereka untuk menghalang-halangi orang di jalan Allah. Mereka akan terus menginfakkan harta itu, kemudian mereka akan menyesal sendiri, dan akhirnya mereka akan dikalahkan. Ke dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu akan dikumpulkan” (Al-Anfal: 36)

- Wahai umat Islam di semua tempat! Wahai manusia seluruhnya! Ini hanyalah satu sudut yang terlalu kecil yang menggambarkan sebahagian daripada penderitaan dan keperitan yang dialami umat manusia pada hari ini. Semua orang mencari penyelamat yang dapat menarik mereka keluar dari keadaan yang melemaskan dan keluar dari kegelapan yang mencengkam. Namun mereka tidak menemuinya padahal penyelamat berada di hadapan mereka dan penawar ada di sisi mereka.
- Sesungguhnya penyelamat itu adalah Islam, Agama rahmat, keadilan, persamaan dan kebebasan. Islam mengajar nilai-nilai murni yang unggul dan mendidik menusia dengan akhlak mulia dan terpuji.

- Penyelamat itu adalah Al-Quran, ajaran Allah yang kekal. Firman Allah (bermaksud) :

“Yang tidak akan didatangi oleh kebatilan baik dari depan mahupun dari belakang (pada masa lalu dan yang akan datang), yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, Maha Terpuji”. (Fussilat: 42)

- Penyelamat itu adalah Rasulullah s.a.w. utusan terakhir yang membawa rahmat, hidayah, nikmat yang tidak ternilai serta cahaya yang terang benderang. Firman Allah (bermaksud) :

“Tidak Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam”. (Al-Anbiya’: 107)

Bulan Ramadhan adalah langkah perubahan

Langkah pengislahan bermula dari jiwa. Pengislahan yang kita laungkan bukanlah terlalu sukar dan bukanlah jauh dari kita. Ia hanya tercapai dengan pengislahan diri yang kita pikul dipundak kita dan memperbaikinya dengan mengambil panduannya dari apa yang diredai oleh Allah, kerana hanya Allah yang mampu mengubah apa jua di sekeliling kita. Benarlah Firman Allah (bermaksud):

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”. (Ar-Ra’d: 11)

Justeru setiap orang Islam lelaki dan perempuan wajib mengenali Tuhannya dan memperbaiki dirinya serta menyeru orang lain ke arah kebaikan ini.

Bulan Ramadhan memulakan hembusannya yang bertiup ke arah kita dari jauh yang membawa tujuan semua makna-makna perubahan dan ciri-ciri pembinaan jiwa yang bermula dengan pembersihan daripada dosa dan noda yang kemudian sampai kepada setinggi-tinggi tingkat penyucian. Firman Allah (bermaksud):

“Demi jiwa serta penyempurnaannya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”. (As-Shams: 7-10)

Inilah bulan puasa, bulan al-Qur’an, bulan berqiamullail dan bulan sabar. Inilah bulan yang merupakan musim ketaatan. Di dalam bulan ini terkandung ibadah-ibadah khusus di bulan Ramadhan dan ibadah-ibadah lain yang dilipat gandakan pahalanya di bulan ini. Ibadah-ibadah yang mengindahkan waktu-waktunya, menghiasi detik-detiknya, mencantikkan hari-hari dan malam-malamnya. Ibadah yang manis pada setiap waktu, dan pada bulan ini bertambah manis lagi. Ganjarannya pula lebih besar dan lebih hebat.

Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, penyucian dan kemenangan

Ibadah puasa merupakan pembebasan daripada cengkaman nafsu. Oleh kerana itu Allah mewajibkan puasa untuk membebaskan manusia daripada belenggu nafsu dan memulakan langkah keluar daripada penjara jasadnya dan menewaskan belitan syahwatnya, meletakkan diri pada tahap keinsanan dan menyerupai para malaikat. Tidak hairan ruh orang berpuasa meningkat naik dan semakin dekat dengan Raja yang Tertinggi dan orang yang berpuasa mengetuk pintu langit dengan doanya lalu dibuka pintu langit, dan dia berdoa kepada Tuhannya lalu diperkenankan permintaannya, dan orang yang berpuasa memanggil-Nya lalu Allah berkata (maksudnya): “Aku menyahut panggilanmu hambaku, Aku menyahut panggilanmu”.

Kemungkinan inilah hikmahnya kenapa ayat tentang doa diselitkan di celah-celah ayat-ayat puasa. Firman Allah (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperolehi kebenaran”. (Al-Baqarah: 186)

Puasa membersihkan daripada dosa. Bagaimana doa seorang muslim tidak diperkenankan Allah sedangkan puasa membersihkannya dengan sebersih-bersihnya daripada dosa.

Daripada Abu Hurairah r.a dari nabi saw bersabda (maksudnya):

"Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah dosa-dosa yang terdahulu akan diampunkan”.

Di dalam ibadah puasa juga meningkatkan kekuatan akhlak: Justeru puasa membersihkan jiwa muslim dan meninggikan akhlaknya kerana semasa menjalani puasa dipesankan supaya mengelakkan diri daripada memekik tak tentu pasal dan menuturkan kata-kata keji serta tidak melemparkan tuduhan melulu dan mengumpat, malah dipesan supaya ingat tentang nilai puasa. Daripada Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah saw bersabda (dalam sebuah hadith Qudsi) (maksudnya):

“Apabila seorang daripada kamu berpuasa maka janganlah ia menuturkan kata-kata yang buruk (keji) dan janganlah menjerit-jerit tidak menentu (hiruk pikuk). Apabila ia dimaki atau dicabar oleh seseorang hendaklah ia berkata saya berpuasa, saya sedang berpuasa”. (Al-Bukhari)

Begitu juga semasa berpuasa dipesankan supaya mengelakkan diri daripada penyaksian palsu dan bekerja untuknya (antaranya penipuan pilihanraya), dipesankan supaya tidak membantu sebarang bentuk kekejaman atau menyokong kebatilan hingga menggagalkan hasil puasanya. Nabi pernah menyatakan berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda (maksudnya):

“Orang yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya tidaklah Allah berhajat supaya dia meninggalkan makanan dan minumannya”.

Menurut kata penyair tentang hal in i:

Jika aku tidak dapat menutup telingaku daripada mendengar perkataan yang buruk,
Tidak dapat menundukkan mataku daripada melihat perkara yang haram,
Tidak dapat mengawal lidahku daripada berkata dusta
Maka habuanku daripada puasaku hanyalah lapar dan dahaga
Sekalipun aku mengaku berpuasa pada suatu hari, namun sebenarnya aku tidak puasa!

Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an: Di dalam bulan Ramadhan al-Quran telah diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, meletakkan suatu peraturan yang lengkap untuk mereka dan undang-undang yang kekal dalam segenap bidang kehidupan. Di dalam bulan Ramadhan manusia umumnya berada di masjid dan rumah sambil membaca al-Quran dan mentadabburnya. Begitu juga pengajaran dan intipati al-Quran diterjemahkan ke dalam amalan. Dengan itu al-Quran akan menggilap jiwa, mendidik akhlak dan menghiasi diri dengan al-Quran. Al-Quran inilah yang menjadi akhlak Rasulullah s.a.w.

Daripada Abu Darda’, Aku bertanya Aisyah tentang akhlak Rasulullah. Beliau menjawab: “Akhlak Rasulullah adalah al-Quran. Baginda marah lantaran al-Quran marah dan baginda suka lantaran al-Quran suka”.

Dunia Islam di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini bertukar seolah-olah menjadi sebuah masjid. Alangkah hebatnya! Dunia ini menjadi sebuah masjid yang amat besar, setiap sudutnya bergema dengan alunan ayat-ayat al-Quran, setiap batang tiangnya di kelilingi jutaan huffaz al-Quran! Mereka mengalunkan ayat-ayat suci yang diturunkan dari langit, diperdengarkan kepada seluruh penghuni bumi! Senario yang sungguh indah, menarik dan bergemerlapan! Bertepatan dengan firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan batil)”. (Al-Baqarah: 185)

Di bulan Ramadhan dipenuhi Qiamullail: Berqiamullail mengandungi kelebihan yang besar yang tidak dapat diatasi melainkan oleh solat yang fardu. Daripada Abu Hurairah r.a secara marfu’ berkata:

Nabi saw ditanya, apakah solat yang paling utama selepas solat fardu? Dan apakah puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan? Nabi menjawab: Solat yang paling utama selepas solat fadu ialah solat di tengah malam. Puasa yang lebih utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan-bulan Haram”.

Daripada Abu Malik al-Asy’ari, Rasulullah saw telah bersabda (maksudnya):

“Di dalam syurga ada sebuah bilik. Diperlihatkan luarnya dari dalamnya dan diperlihatkan dalamnya dari luarnya yang Allah sediakan untuk orang yang memberi makan kepada orang lapar, orang yang lembut kata-katanya, orang yang sentiasa berpuasa dan orang yang solat ketika manusia sedang tidur”.

Qiam di bulan ramadhan boleh membersihkan diri daripada dosa. Daripada Abu Hurairah r.a berkata. Aku mendengar Rasulullah s.aw. berkata tentang Ramadhan (maksudnya):

“Barangsiapa yang mendirikan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah dosa-dosanya yang terdahulu akan diampunkan”.

Para salihin zaman silam mereka akan naik ke menara tertinggi sambil mendendangkan nasyid:

“Wahai lelaki yang menghidupkan malam, bersungguh-sungguhlah!
Boleh jadi satu suara (ungkapan doa) tidak akan ditolak.
Tidak bangun pada waktu malam kecuali
Orang yang mempunyai azam dan tekad”

Bulan Ramadhan adalan bulan jihad

Bulan Ramadhan kekal mengurniakan kepada umat Islam kekuatan dan mengingatkan mereka kepada Perang Badar. Musuh Allah sebenarnya gentar untuk berhadapan dengan tentera muslimin di bulan Ramadhan kerana mereka yakin bahawa bulan Ramadhan membekalkan orang Islam dengan kekuatan yang tidak diperolehi pada bulan lain. Sesungguhnya orang-orang Russia menganggap Ramadhan adalah bulan malang kerana mereka pernah menerima kekalahan pada masa lalu. Mereka takut bulan jihad tiba ketika mereka sedang berperang dengan tentera Islam. Kalau itu berlaku pastinya mereka akan ditewaskan!

Bulan ramadhan bukan bulan menyerah dan malas bahkan Ramadhan ialah bulan sabar yang memberikan bekalan jihad kepada seorang muslim. Bekalan yang pertama untuk berjihad ialah sabar dan kemahuan yang kuat. Sekiranya orang yang tidak mampu berjihad melawan nafsunya jauh sekali mampu melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu memenangi ke atas nafsu dan syahwatnya jauh sekali mampu memenangi perjunagan melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu bersabar menahan lapar dalam sehari jauh sekali mampu bersabar menghadapi perpisahan dengan keluarga dan tanah air demi mencapai matlamat yang besar. Ibadah puasa yang terkandung makna sabar dan mengekang runtunan nafsu merupakan wasilah paling ampuh dalam mempersiapkan individu yang beriman, sabar, tangkas dan semangat juang yang tinggi. Mukmin yang bersedia menanggung kehausan, kelaparan dan kepayahan, yang sanggup menempuh keperitan, kesukaran dan tekanan hidup selagi mana masih di jalan Allah..Sejarah menyaksikan beberapa peperangan besar berlaku pada bulan yang mulia ini seperti Badar al-Kubra, Fathu Mekah, pertempuran Balat Syuhada’ pada tahun 114H / 732M di Poitiers, Perancis dan Peperangan Ain Jalut tahun 658H/1260M di Palestin.

Oleh sebab itu musuh kita menyedari hakikat ini. Seorang Orientalis Nicholson telah menyatakan rahsia kemenangan tentera Islam di Badar walaupun jumlahnya yang sedikit melalui komentarnya: “Sesungguhnya kemenangan Muhammad ke atas tentera Quraisy yang menyembah berhala merupakan satu perkara yang semulajadi dan jelas sekali. Ini kerana Rasul mengajar pengikutnya system ketenteraan sepenuhnya sebanyak lima kali sehari di masjid.” Tidak dinafikan bahawa pemikiran ketenteraan terjelma di dalam solat..Tidak dinafikan bahawa melalui solat mempunyai kesan dan natijahnya. Namun di sana wujud ruh lain yang tersembunyi yang membantu kemenangan yang cemerlang ini. Iaitu ruh kemahuan yang dinyalakan di dalam jiwa orang Islam pada bulan Ramadhan yang sebenarnya berlaku satu pertempuran kemanusiaan yang besar di bulan ini. Jiwa-jiwa yang turut berperang di dalam barisannya para malaikat mestilah telah sampai kepada kesucian, keimanan, keikhlasan, ketulusan yang melayakkan turunnya tentera langit. Sesungguhnya tentera langit tidak turun dari langit kecuali untuk membantu manusia bertaraf malaikat. Manusia yang telah dididik oleh Rasulullah s.a.w di madrasah wahyu, di maahad al-Quran dan di antara dua dinding masjid. Semua itu terpancar daripada firman Allah Ta’ala (bermaksud): “Mudah-mudahan kamu bersyukur”. ( Ali-Imran: 123)”

Demikianlah puasa menurut Islam bukan disyariatkan untuk menyiksa manusia. Bagaimana hal ini terjadi sedangkan Allah nyatakan ayat-ayat tentang puasa: “Dan mudah-mudahan kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 185)

Allah telah menyediakan jalan untuk membangkitkan ruh, menyihatkan jasad, menguatkan kemahuan, membiasakan diri menahan sabar, mengetahui nikmat, mendidik perasaan belas kasihan dan latihan untuk menyerah diri kepada Allah Tuhan seluruh alam secara total.

Moga Allah menerima amal soleh kami dan anda semua, dan menjadikan kita semua ke dalam golongan yang mendengar peringatan, lalu mengikutinya dengan sebaiknya..Setiap tahun anda semua dalam ketaatan.

Kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan Allah untuk anda.

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=68892&SecID=213

11 Ogos, 2010

Ahli Jawatankuasa Ikram Sungai Petani 2010 1 ulasan


YDP IKRAM Sg. Petani
Dr. Zolkepli Yahaya

Timb YDP IKRAM Sg. Petani
Hj. Mustafa Yahaya Ramli

SU IKRAM Sg. Petani
Mazlan Md. Desa

Penolong SU IKRAM Sg. Petani
Hj. Mohd Soofie Md Taib

Ketua Wanita IKRAM Sg. Petani
Pn Roshadah Ishak

Bendahari IKRAM Sg. Petani
Ishak Hamid

Pengerusi JK Tarbiyah
Hj. Mustafa Yahaya Ramli

Pengerusi JK Penerangan dan Media
Azhar Abu Bakar

Pengerusi JK Dakwah
Ahmad Tarmizi Yahaya

Pengerusi JK Pendidikan
Hj Yazi Yusof

Pengerusi JK Pemuda
Mohd Pisal Abu Bakar

Pengerusi JK Khidmat Masyarakat
Wan Mohd Sanusi Wan Jamal

Timb. Pengerusi JK Wanita
Pn. Salmiah Said

Pengerusi JK Aqsa-Sharif
Dr Zolkepli Yahaya

Pengerusi JK
Ustaz Zakaria

09 Ogos, 2010

Perjumpaan Usrah Pelbagai Peringkat 0 ulasan

Yang Di Pertua Ikram Negeri Kedah
Ustaz Rosli Hj Yusoff









Semalam perjumpaan usrah pelbagai peringkat telah diadakan di Sekolah Islah. Ahli usrah dari 01 hingga 05 memenuhi bilik seminar. Majlis perjumpaan juga dihadiri ahli Ikram Daerah Baling.

            Majlis bermula dengan solat isya' berjemaah dan bacaan al Quran.
Tazkeerah telah disampaikan oleh YDP Ikram Negeri Kedah, Ustaz Rosli Yusoff. Antara pesanan yang disampaikan ialah.:
  • Ustas Mustafa Masyhur -menyebutkan para pendakwah ialah wali Allah.
  • Allah memberikan berita gembira dengan datangnya Ramadhan.
  • Orang yang beriman adalah orang yang gembira apabila datangnya Ramadhan
  • Orang yang gembira dengan kedatangan Ramadhan adalah orang yang diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Ada banyak lagi pesanan yang tak sempat ana tulis.  Ustaz Rosli juga menyampaikan perutusan Ramadhan oleh Presiden Ikram DR. Mohd Parid Sheik Ahmad.

YDP Ikram Sungai Petani, Dr. Zulkifli Yahaya memberikan ucapan aluan dan menerangkan sedikit sebanyak mengenai Ikram dan kedudukan JIM dalam Ikram.

Setiausaha Ikram Sungai Petani, Akhi Mazlan Md Desa membentangkan kedudukan ahli Ikram Sungai Petani dan memperkenalkan Ahli Jawatankuasa Ikram Sungai Petani.


Program ini juga dipenuhi dengan info semasa mengenai Aqsa As Syarif, berita mengenai ahli-ahli, aktiviti-aktiviti Ikram yang akan datang dan klip video.
Dalam program ini juga buletin Ikram Negeri Kedah yang pertama diedarkan.
Moga dalam perjumpaan seterusnya akan mendapat sambutan yang lebih hebat dari pelbagai peringkat dalam mengukuhkan silaturrahim antara ahli Ikram.